Friday, April 8, 2011

HARDEST PART OF ME IS LEAVING YOU

pekara yang paling sukar untuk aku lupakan and tinggalkan adalah kawan-kawan aku yang aku sayang selama ini. aku tak tahu apa yang telah terjadi pada kita orang sejak kebelakangan ini. Mungkin aku yang salah. Mungkin aku lah masalah bagi kau orang semua. Jadi keputusan akhir aku adalah aku pilih untuk duduk luar berjauhan dari kamu orang semua. Aku kalau boleh tak nak tinggalkan kau semua, tetapi mungkin masa dah sampai untuk aku tinggalkan kau. Ini adalah keputusan yang paling sukar untuk aku buat. aku tak lupa kan semua benda yang telah berlaku sama-sama antara kita semua. Lawak, sedih, senang dan aku kurang pasti tentang susah. sejak kebelakangan ini, aku terasa sangat dengan korang, tetapi di sebabkan aku sayang korang sangat-sangat dan aku rasa korang adalah kawan aku, akuu buat endah tak endah sahaja dengan perasaan aku. aku mungkin nampak kuat di luar tapi kalau kau tengak betul-betul, aku nie manusia yang mempunyai perasaan sama sahaja dengan korang. Apa agaknya salah akau sampai korang buat aku macam ni. korang sanggup dengar kata-kata orang yang dianggap sebagai musuh korang dan orang yang kau takuti dan benci untuk buat benda yang memang salah untuk kenakan aku. Aku ni yang selama back-up korang dari perempuan tu,lepas tu macam ni korang buat aku? hurmm..tak pe lah korang. Apa-apa pon,aku kat sini bukan nak membebelkan benda-benda ni kat kau. Benda dah berlaku, aku pon tak boleh nak buat apa-apa dah. Aku pon dah wat keputusan keluar rumah. Sekarang ni adalah masa untuk aku memulakan hidop baru tanpa korang dalamnya atau tanpa korang bersama. :( agak sedih tapi nak buat macam mana. aku hanya boleh diam dan buat seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. Korang jangan risau, walaupon aku tak ada kat dalam satu rumah dengan korang, tak semestinya aku akan melupakan korang selama-lamanya. korang lah sebahagian dari nyawa aku sampai mati. aku sayang korang sangat-sangat dan aku mintak maaf sebab akau terpaksa keluar rumah dan tinggalkan korang. Sekarang nie aku perlu berdiri untuk diri aku sendiri tanpa pertolongan korang semua. dan aku harap korang pon boleh lakukan benda yang sama. jangan sampaikan orang injak-injak kepala korang dan jadi kan korang macam kuli. Korang perlu menegakkan pendirian korang jugak pada perkara yang benar dan perkara yang salah. kawan tu,kalau boleh pilih yang wangi jangan pilih yang busuk kalau korang paham maksud aku. Sayang korang semua (!) dan akhir skali aku nak mintak maaf kan SYAFIQAH JOHARI sebab aku ada buat salah dengan kau sampai kau terasa mamcam aku mengungkit segala benda tetapi aku tak pernah mintak balik segala benda yang kau pernah mintak kat aku. sorry PIKA. Sorry sebab bawak moto PIKA sekali selama ni. lepas nie aku tak akan ganggu kau dengan moto kau sekali. Sayang korang semua. :'(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...